Surah al-Baqarah
Surah al-Baqarah

Surah al-Baqarah

Teks Arab · Terjemahan bahasa MelayuSurah al-Baqarah (Arab: سورة البقرة‎ ​ "Lembu") merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat. Surah ini turun di Madinah yang sebahagian besar diturunkan pada permulaan tahun Hijrah, kecuali ayat 281 diturunkan di Mina pada haji widak (haji Nabi Muhammad SAW yang terakhir). Seluruh ayat dari surat ini merupakan ayat Madaniyyah yang di dalamnya juga mempunyai ayat yang terpanjang (ayat 282). Surat ini dinamai al-Baqarah kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan perbalahan kaum Bani Israil dengan Nabi Musa a.s. tentang penyembelihan lembu betina untuk mengetahui siapa yang kemudiannya menjelaskan sifat kaum Yahudi yang keras hatinya. Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar juga surah alif lam mim kerana surah ini dimulai dengan Alif lam mim.

Surah al-Baqarah

Struktur 40 rukuk, 286 ayat
Bahagian Surah
Muqatta'āt pembukaan Alif Lam Mim
Kedudukan surah Juz 1–3
Pengklasifikasian Medinan